Tuesday, October 14, 2008

Aduhai Hawa


Aduhai Hawa,
Pabila tiba masanya, aku pasti berlari mendapatkanmu,
Mendapatkan kasihmu yang seindah pelangi alam,
Yang setenang air di muara kasih,
Yang sesuci hamparan cinta kau simpan dalam ketaqwaan…

Wahai Hawa,
Bila gerimis menyelimuti pawana,
Petir menjalar di langit hitam,
Dan bila sengsara datang bertandang,
Bermunajatlah dengan penuh rasa kehambaan,
Agar syahadahmu kukuh bertautan….

Bersabarlah Hawa,
Kerana kesabaran itu seindah mutiara
Tercipta didasar lautan,
Walau sebesar mana gelombang mendatang,
Sinarnya tetap gemilang,
Dan begitulah hakikatnya sabar,
Yang pasti menyelamatkan kewarasanmu dari hilang….

Sungguh wahai Hawa,
Dihati ini ada perasaan yang sukar kuungkapkan kepadamu,
Kerana wajahmu yang penuh rahsia,
Kerana wajahmu yg membuatkan ingatanku pulang,
Pada yang maha Esa,
Menjadikan lidahku kelu berkata-kata…..

No comments: