Tuesday, October 14, 2008

Cantik Seorang Wanita



Seorang wanita itu, sebagai gadis


bukan kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar senyum kosmetik




Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja


tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Cantik seorang wanita itu, sebagai Hawa


tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam
Cantik seorang wanita itu, sebagai anak


tidak menjerat diri pada kedurhakaan.
Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri


merempuh badai di sisi suami
Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu


menjauhi persekongkolan ipar lamai
Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu


membuai anak, kala suami menjalin mimpi
Cantik seorang wanita itu, sebagai mentua


telus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek


menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit
Cantik seorang wanita itu, sebagai warganegara


peka membela nasib dan maruah negara
Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua


menghitung hari dengan selembar mashaf
Cantik seorang wanita itu, sebagai intelektual
menyala obor mewangi setanggi profesionalis
Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah solehah


mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah.

No comments: