Sunday, October 19, 2008

Ku tinggalkan cinta kerana mencari cinta Allah

Tanggal 18 oktober, sepupu ku fikri bin Mazlan meninggalkan kami. Arwah kemalangan dan koma selama 3hari. Punca kematian adalah kerana saraf utamanya putus dan kepalanya mengalami hentakan peringkat keempat(paling kritikal). Terlalu singkat hidupni. Arwah baru berumur 14tahun. Baru seminggu aku bersembang dengan arwah. Tiba-tiba dia sudah pergi. macam tidak percaya tapi inilah hakikatnya. Aku tersentak seketika selepas dibuai dalam mimpi yang panjang. Tiba-tiba aku terfikir, apa bekalan aku menghadap Yang Esa? Apa persiapan aku andai nyawa aku diambil secara tiba-tiba?

Seharian aku termenung. Terlintas di fikiran ku untuk mengubah kehidupanku.Tetapi bagaimana. Aku diberi 2 pilihan. Pertama bersama si dia dan terus hanyut dalam lautan cinta kami. Kedua, putuskan hubungan yang telah mencambah 3tahun ini dan kembali menjadi muslimah sebenar.. Terlalu sukar kerana aku hanya ada si dia sebagai temanku.

Aku meminta dia membuat pilihan. Dia menerima pilihan kedua tapi dengan satu janji dariku. Ya..aku janji.Aku janji untuk menjadi muslimah sebenar dan mencari kehidupan yang inginku miliki. Dan dia akan sentiasa melihatku dari jauh sambil mencari rezeki bagi melamar diriku. Aku akan tunggu dia andai dia adalah jodoh untukku.


Perancangan aku sekarang ialah mencari seorang muslimah yang sebenar yang dapat membimbing aku kerana aku tidak mampu lakukannya seorang diri. Doakan aku.

1 comment:

AKU DAN PERJUANGANKU said...

salam...tak bgi tahu pun dh buat blog ya...tntng projek tu dapt b+ sbb kami tak taget pun nk menang..lgi pun kos kami skdr bawah 100 je..sbb taget dpt msuk pertngn pun dh ok. dn projenya dh berfungsi..kumpulan lain kbykn 500 ke ats..mcm papran ulisi 3d tu 1000 ringgit juga kosnya. smoga trus sukses