Showing posts with label Warkah buat Adam. Show all posts
Showing posts with label Warkah buat Adam. Show all posts

Wednesday, October 15, 2008

Pesanan Buat Lelaki

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,tanpa mereka,fikiran dan perasan lelaki akan resah, Masih mencari, Walau ada segalanya,

Apa yang tiada dalam syurga?Namun Adam tetap rindukan Hawa..Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu, untuk diluruskan oleh lelaki,
Tetapi seandainya Lelaki itu sendiri tidak lurus...
mana mungkinnkayu akan bengkok menghasilkan bayang yang lurus,Luruskan wanita dengan jalan ditunjukkan oleh Allah SWT, kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,Didiklah mereka dengan panduan nya,Janganlah cuba menjinakkan dengan harta, Kerana nantinya mereka akan liat,

Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikkan, Kerana nantinya mereka derita,
Kenalkanlah mereka kepada Allah, Zat yang kekal, Disitulah punca kekuatan dunia!!!

Akalnya senipis rambutnya, Tebalkan ia dengan ilmu,Hatinya separuh kaca, Kuatkanlah ia dengan iman,
Perasaannya selembut sutera, Hiasilah ia dengan akhlak,Suburkanlah ia, kerana daripada situlah nantinya,mereka akan lihat nilaian dan keadilan,

Tuhan,Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan,Ia bukan satu diskriminasi Tuhan, sebaliknya disitulah kasih dan sayang Tuhan,

Jinakkanlah diri kepada Allah, Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu lelaki,

Jangan mengharapkan isterimu semulia Fatimah Az Zahra,Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah

Terimalah wanita dengan seadanyakerana setiap ciptaan Allah tidak ada yang sia-sia
semuanya penuh makna..........

Doa Seorang Isteri


Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArasy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMuAku hina tanpa RahmatMu
Ya AllahKuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri SolehaHanya padaMu
Ya Allah k
u pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihiIsteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Tuesday, October 14, 2008

Suara Hatiku


Buat insan yg bakal memiliki diriku.....

Pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya...Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah ALLAH, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku...

Tiupkanlah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih ALLAH...

Hidup ini...umpama satu perjalanan yang jauh...penuh liku dan cabaran...berpegang teguhlah pada tongkat iman dengan berpandukan suluh agama....sesekali kita terjatuh...ubatilah dengan istighfar dan taubat...INSYAALLAH...kita akan sampai di perkampungan JANNAH...


Ya Allah Sekiranya insan ini adalah pilihan Mu diArashy

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya insan ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya insan ini adalah bidadara untuk ku di JannahMu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya insan ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya insan ini jodoh yang dirahmati olehMuKau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu Ya Allah sesungguhnya

Aku lemah tanpa petunjukMu

Aku buta tanpa bimbinganMu

Aku cacat tanpa hidayahMu Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha Hanya padaMu


Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yg kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang solehah Isteri yang sentiasa dihati..
Amin, amin Ya Rabbal Allamin