Wednesday, October 15, 2008

Doa Seorang Kekasih


YA ALLAH….
Jika aku jatuh cinta… Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu…
Untuk menyintaiMu… Hanya kepadaMu…

YA MUHAIMIN….
Jika aku jatuh cinta…Jagalah cintaku padanya…
Agar tidak melebihi cintaku padaMu…

YA RAHMAN…
Jika aku jatuh hati, Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu…
Agar tidak terjatuh aku…Dalam jurang cintaMu…

YA RABBANA…
Jika aku jatuh hati… Jagalah hatiku padanya…
Agar tidak berpaling hati padaMu…

YA RABBUL IZZATI….
Jika aku rindu...Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

YA ALLAH…
Jika aku rindu…Jagalah rindu aku padanya agar tidak lalai…
Aku merindukan SyurgaMu…

YA RABBI…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu…Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
Di sepertiga malam terakhirMu…

YA ALLAH...
Jika Engkau halalkan aku merindui kekasihMu…Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi…

YA FATTAH….
Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berhimpun dalam cinta padaMu…
Telah berjumpa pada taatMu…Telah bersatu dalam dakwah padaMuTelah berpadu dalam membela syariatMu….
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya..kekalkanlah cintanya…Tunjukkanlah jalan-jalannya…
Penuhilah hati2 inidengan NurMu yang tiada pernah pudar…
Lapangkanlah dada-dada kami…Dengan kelimpahan keimanan padaMu…
Dan keindahan tawakkal di jalanMu…

AMIN..YA RABBAL ALAMIN…..


No comments: