Tuesday, October 14, 2008

Suara Hatiku


Buat insan yg bakal memiliki diriku.....

Pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya...Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah ALLAH, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku...

Tiupkanlah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih ALLAH...

Hidup ini...umpama satu perjalanan yang jauh...penuh liku dan cabaran...berpegang teguhlah pada tongkat iman dengan berpandukan suluh agama....sesekali kita terjatuh...ubatilah dengan istighfar dan taubat...INSYAALLAH...kita akan sampai di perkampungan JANNAH...


Ya Allah Sekiranya insan ini adalah pilihan Mu diArashy

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya insan ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya insan ini adalah bidadara untuk ku di JannahMu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya insan ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya insan ini jodoh yang dirahmati olehMuKau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu Ya Allah sesungguhnya

Aku lemah tanpa petunjukMu

Aku buta tanpa bimbinganMu

Aku cacat tanpa hidayahMu Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha Hanya padaMu


Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yg kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang solehah Isteri yang sentiasa dihati..
Amin, amin Ya Rabbal Allamin

No comments: