Wednesday, October 15, 2008

Penantian Seorang Suami

sebuah hospital, empat orang suami yang sedang menunggu pasangan masing-masing untuk bersalin. Sungguh berdebar keempat-empat orang suami tersebut. Seketika penantian suami pertama berakhir apabila jururawat keluar dengar mengkhabarkan kepadanya yang isterinya sudah selamat melahirkan anak.

Yang menyeronokkan si suami, dia mendapat anak kembar dua. Kebetulan juga yg ianya berkerja di Menara Kembar KLCC.

Dalam beberapa minit sahaja keluar pula jururawat yg kedua dan bertemu dgn suami yg kedua. Terkejut bercampur gembira apabila ia mendapat tahu yang dia mendapat kembar tiga, kebetulan juga yang dia berkerja kat '3M Corporation'.

Selang beberapa minit, keluar pula jururawat yg ketiga dengan berita gembira buat suami yg ketiga kerana ia dapat kembar empat. Ehh, secara kebetulan si suami bekerja kat 'Carrefour'. Gembira sungguh si suami.

Dalam kegembiraan ketiga-tiga suami tersebut, mereka baru terasa ade seorang lagi suami yang sedang saat genting untuk menerima cahaya mata. Keadaannya sungguh merisaukan. Lalu ketiga-tiga suami tadi perasan dengan keadaan suami tersebut dan bertanyakan kenapa boleh jadi begitu. Lalu dengan muka yang penuh risau, ia menyatakan yang dia sekarang ni bekerja dengan 'Seven-Eleven'....

No comments: